fb fb fb fb fb

2,623 penduduk terjejas banjir di Pahang

Jumlah penduduk terjejas banjir di Pahang berkurang kepada 2,623 orang daripada 869 keluarga yang masih berlindung di 33 pusat pemindahan sementara (PPS)

KUANTAN, 21 Disember - Jumlah penduduk terjejas banjir di Pahang berkurang kepada 2,623 orang daripada 869 keluarga yang ditempatkan di 33 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri itu.

Berdasarkan Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat pukul 4.00 petang tadi, jumlah itu berkurang berbanding 3,602 orang daripada 1,192 keluarga di 38 PPS yang direkodkan pada 12.00 tengah hari tadi.
 
Kuantan kekal sebagai daerah paling terjejas dengan 2,034 orang daripada 695 keluarga yang masih berlindung di 19 PPS.
 
Jumlah penduduk terjejas dijangka terus berkurangan susulan keadaan cuaca yang semakin baik sejak semalam.
 
Selain Kuantan, daerah lain yang terjejas banjir adalah Pekan (430 orang), Bera (69 orang), Temerloh (35 orang), Maran (35 orang) dan Jerantut (20 orang).
 
Manakala, setelah kesemua penduduk terjejas banjir di PPS SK Kampung Tekek, Pulau Tioman, di daerqah Rompin dibenarkan pulang petang ini.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI