JOHOR BAHRU, 28 April - 18 aduan berkaitan kenderaan pendaftaran asing mengisi minyak RON95 di stesen minyak di Johor diterima Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Sembilan daripadanya sedang disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
Menterinya, Datuk Sri Alexander Nanta Linggi berkata, sehingga kini tiada laporan seumpamanya diterima di negeri-negeri lain.
“Larangan kenderaan pendaftaran asing mengisi minyak RON95 terlaksana serta merta di seluruh negara dan bukan hanya di negeri-negeri yang bersempadan dengan negara asing, seperti Singapura dan Thailand sahaja," katanya selepas melawat sebuah stesen minyak di sini.
(Datuk Sri Alexander Nanta Linggi semasa sidang media selepas melawat sebuah stesen minyak di sini)
Setakat ini hanya pengusaha stesen minyak dikenakan tindakan.
Pihaknya juga belum bercadang mengenakan tindakan ke atas pemilik kenderaan pendaftaran asing yang mengisi minyak RON95.
Pihaknya juga belum bercadang untuk mengenakan tindakan kepada pemilik kenderaan pendaftaran asing yang mengisi RON95.