fb fb fb fb fb

170,000 pelajar semarakkan sambutan HSN Melaka 2025

V.P. Shanmugam pada sambutan HSN 2025 peringkat Melaka di Dataran Orang Kampung, Merlimau

JASIN, 11 Oktober- Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2025 peringkat negeri Melaka dijangka mencapai sasaran penyertaan seramai 359,000 peserta sepanjang tiga hari penganjurannya sehingga esok.

Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri Datuk V.P. Shanmugam berkata, penganjuran tahun ini turut melibatkan 170,000 pelajar sekolah sekitar negeri itu yang menyertai pelbagai aktiviti sukan termasuk senam aerobik, semalam.

Beliau berkata, sambutan turut digerakkan oleh rakyat Melaka yang menjalankan aktiviti sukan bersama keluarga dan mendaftarkannya melalui laman rasmi HSN bermula Jumaat.

"Saya alu-alukan warga Melaka esok, sama ada pada waktu pagi atau petang, lakukan aktiviti seperti senamrobik atau berjalan bersama keluarga. Aktiviti seperti ini turut diambil kira kerana kita ada laman web khusus — hanya perlu imbas dan daftar aktiviti anda supaya kita dapat mengetahui siapa yang sedang bersukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sambutan HSN 2025 peringkat Melaka di Dataran Orang Kampung, Merlimau, di sini hari ini.

Sebanyak 35 acara sukan disediakan pada penganjuran kali ini antaranya sukan tradisional, e-sukan dan pelbagai aktiviti lain.

SITI AISHAH BINTI MD ISA