fb fb fb fb fb

17 wartawan, jurugambar dirai pada AMP 2023

Malam Penghargaan Media dan Anugerah Media Pembinaan CIDB 2023 malam tadi

KUALA LUMPUR, 5 Disember- Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) meraikan 17 wartawan dan jurugambar di Anugerah Media Pembinaan CIDB 2023 (AMP 2023).

AMP tahun ini merupakan kali ke enam anjuran CIDB bersama Kementerian Kerja Raya (KKR) bagi memberi penghargaan kepada pengamal media.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, objektif AMP adalah menggalakkan kandungan kewartawanan dan media massa mengenai industri pembinaan dan juga megupas isu semasa berkaitan industri pembinaan seperti keselamatan, kelestarian alam sekitar, penggunaan teknologi serta topik lain yang berkaitan.

"Tiga tahun kerana COVID, kita tiada majlis untuk anugerah media CIDB, (tetapi) kali ini (ia) kembali.

"Saya di fahamkan anugerah (ini bagi) media cetak dan portal berita (berita dan rencana), media penyiaran tv dan video dalam talian (berita dan dokumentari), fotografi serta kategori baharu, infografik," katanya dalam ucapan pada Malam Penghargaan Media dan Anugerah AMP 2023 di sini.

Pemenang bagi setiap kategori menerima hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 bagi tempat pertama, kedua (RM3,000) dan ketiga (RM2,000) serta saguhati (RM1,000), selain trofi dan sijil penyertaan.

SITI AISHAH BINTI MD ISA