fb fb fb fb fb

16 sungai melebihi paras bahaya pagi ini

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 9 Januari- Sejumlah 16 stesen sungai di Pahang dan Johor yang dikendalikan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) merekodkan bacaan melebihi paras bahaya, setakat pukul 9.00 pagi tadi.

Menerusi laman sesawang InfoBanjir JPS, sembilan sungai itu membabitkan tujuh di negeri Pahang.

Ia melibatkan Sungai Lepar di Jambatan Gelugor, Kuantan dengan bacaan 30.21 meter (m), Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini, Pekan (16.34m); Sungai Pahang Tua di Rumah Pam Pahang Tua, Pekan (9.05m); Sungai Keratong di Jambatan Bahau Keratong, Rompin (23.23m); Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera (31.65m); Sungai Luit di Kampung Subuh, Maran (27.58m); Sungai Keratong di Jalan Kota Bahagia, Rompin (15.68m) dan Sungai Rompin di Jambatan Kuantan/Segamat, Rompin (13.23m).

Sementara enam sungai di negeri itu merekodkan paras amaran, manakala sembilan lagi paras waspada.

Di Johor pula, tujuh sungai pada paras bahaya iaitu Sungai Skudai di Kampung Laut, Johor Bahru (3.39m); Sungai Kahang di Kampung Contoh, Kluang (15.5m); Sungai Johor di Kota Tinggi, Kota Tinggi (3.19m); Sungai Kepala Orang di Kampung Sri Jaya, Kota Tinggi (8.76m); Kolam Air di Taman Aman, Kulai (24.54m); Parit Keliling di Kampung Pasir, Johor Bahru (1.11m); Sungai Johor di Rantau Panjang, Kota Tinggi (9.98m).

Sebanyak tiga sungai lain merekodkan paras amaran dan 10 lagi paras waspada.

ARTIKEL BERKAITAN
Banjir: Lebih 8,000 penduduk terjejas di Johor dan Pahang

SITI AISHAH BINTI MD ISA