fb fb fb fb fb

16,000 hektar kebun getah matang tidak bertoreh di Terengganu

KUALA TERENGGANU, 8 Oktober- Lebih 409,000 hektar kebun getah matang tidak bertoreh direkodkan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu empat peratus atau lebih 16,000 hektar melibatkan kawasan di Terengganu.

Timbalan Ketua Pengarah (pembangunan) Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Ahmad Zainal Abdullah berkata, RISDA menawarkan pelbagai bantuan dan kemudahan kepada hampir 11,000 pekebun kecil terlibat di negeri itu.

"Kita sedang berusaha sekiranya ada pihak-pihak yang berminat untuk mengumpul kawasan-kawasan ini dan mengambil urusan penorehan. Sebab itu dalam ucapan saya tadi kita ada sebut berkenaan insentif.

"Sekiranya ia dilakukan secara berkumpulan kita cadang untuk memberikan insentif kepada penoreh. Kalau keluar getah sekerap kita akan bagi RM300," katanya selepas merasmikan program Gerakan Peningkatan Produktiviti Getah Risda Terengganu di sini.

Antara faktor yang dikenal pasti berikutan perkara itu ialah kekurangan tenaga kerja dan pembiayaan.

Sehubungan itu, RISDA menyediakan bantuan seperti Program Tanam Semula Getah plus-plus, Bantuan Tanam Semula Berkelompok dan Program Agromakanan.

Sehingga kini, RM1.77 juta daripada RM2.1 juta sudah dibelanjakan untuk pembiayaan skim getah matang tahun ini.

Ahmad Zainal berkata penglibatan pemilik pekebun matang terbiar dan tidak bertoreh mampu mengurangkan kerugian pendapatan yang dianggarkan, RM25.27 juta dengan kadar RM1,500 per hektar.

(Ahmad Zainal Abdullah)

Media Baharu