fb fb fb fb fb

152 penari cilik Suktra catat rekod MBOR

Foto RTM

KUALA TERENGGANU, 3 Mac -Seramai 152 penari cilik Tunas Kumpulan Pemuzik dan Penari Tetap Negeri Terengganu, SUKTRA melakar nama dalam Malaysia Book of Records, MBOR Bilangan Pelajar Paling Ramai Dalam Tarian Gamelan Melayu

Pengarah Jabatan Pelancongan Terengganu, Ahmad Ridzwan Abd Rahman berkata, tarian berkenaan disertai murid-murid berumur lapan hingga 12 tahun dari 13 buah sekolah terpilih di seluruh negeri.

Mereka mendapat bimbingan kira-kira 18 jurulatih daripada Jabatan Pelancongan negeri yang mengikuti sesi latihan sejak setahun lalu.

"Jadi kita ingin pastikan bahawa bukan sahaja kita dapat mengekalkan tapi kita boleh mengembangkan lagi sama ada di peringkat negara kita mahupun di seantero dunia.

"Jadi kita nak memperkenalkan budaya kita, jadi itu yang kita mengambil langkah sedemikan rupa", kata Ahmad Ridzwan kepada pemberita selepas menerima Sijil Anugerah MBOR daripada wakil MBOR Nazrul Hafizi di sini.

Pada majlis itu para penari cilik Tunas Suktra mempersembahkan tarian gamelan bertajuk ‘Ketam Renjong’ selama lebih kurang lapan minit dengan diiringi 17 pemuzik.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD