KUALA LUMPUR, 12 Januari- Seramai 147 orang mendaftar diri sebagai pelatih sukarela bagi siri satu tahun 2025 Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, KEMENTAH hari ini.
Jumlah tetap yang berjaya mengikuti latihan PLKN 3.0 itu akan dikemas kini sebaik sahaja semua pelatih berjaya menjalani saringan pemeriksaan.
Pelatih PLKN 3.0 yang mendaftar hari ini adalah daripada kalangan pemohon yang ingin menyertai secara sukarela, berusia antar 18 sehingga 25 tahun.
Latihan PLKN 3.0 akan bermula esok sebaik sahaja selesai pendaftaran dan saringan hari ini.
Modul bagi Pelatih PLKN 3.0 kali ini merangkumi 70 peratus Modul Ketenteraan dan 30 peratus Modul Kenegaraan.
Turut hadir melawat hari pendaftaran PLKN 3.0 Siri 1 ini Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali.