
NILAI, 5 April – Seramai Seribu 447 umat Islam di Negeri Sembilan akan menunaikan ibadat haji pada tahun ini.
- Kursus anjuran Lembaga Tabung Haji membimbing dan menyediakan kemudahan untuk persiapan akhir para bakal jemaah.
- Peserta dipersiapkan dengan ilmu ibadat haji yang sempurna agar dapat menghayati dan memahami ibadah.
- Majlis perasmian Kursus Perdana Haji di Kompleks Islam Tuanku Muhriz, USIM disempurnakan oleh Menteri Besar.
- Kerajaan negeri menyokong inisiatif Haji Lestari TH untuk kitar semula kain ihram bagi memupuk kelestarian dan kurangkan kos.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kursus anjuran Lembaga Tabung Haji (TH) berperanan membimbing serta menyediakan kemudahan kepada para jemaah dalam membuat persiapan akhir sebelum berangkat ke Tanah Suci.

“Alhamdulillah pada kali ini kita nampak bakal jemaah telah dipersiapkan dengan ilmu ibadat haji yang sempurna dan kita harap mereka benar-benar dapat menghayati dan memahami tentang ibadah yang dilakukan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Perasmian Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Sembilan di Kompleks Islam Tuanku Muhriz, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di sini hari ini.

Dalam pada itu, kerajaan negeri menyokong inisiatif Haji Lestari oleh TH, iaitu program kitar semula kain ihram terpakai, sebagai usaha memupuk kelestarian alam sekitar.
“Kos membeli kain ihram tinggi, jika dapat dikitar semula untuk digunakan oleh jemaah tahun hadapan, ia satu langkah yang amat baik,” katanya.