fb fb fb fb fb

14 PPS dibuka di Selangor

SHAH ALAM, 20 November- 14 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Selangor.

Menerusi portal InfoBencanaBanjir, 1,050 penduduk terjejas daripada 275 keluarga berada di PPS setakat pukul 3.39 petang tadi.

Daripada jumlah terbabit, 309 daripadanya melibatkan lelaki dewasa, manakala perempuan dewasa pula seramai 311 orang.


(Foto BERNAMA)

Seramai 223 kanak-kanak lelaki berada di pusat tersebut dan 174 pula membabitkan kanak-kanak perempuan.

Daerah terlibat ialah Kuala Selangor, Sabak Bernam, Sepang dan Kuala Langat.

Media Baharu