fb fb fb fb fb

14 jalan di Hulu Terengganu ditutup

Laluan terkini di Jalan Kampung Batu 24 yang ditutup kepada semua kenderaan

Hulu Terengganu, 26 Disember - Sebanyak 14 jalan di daerah ini ditutup kepada kenderaan susulan banjir gelombang ketiga.

Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Superintenden Raja Saripah Robiah Raja Sulaiman menerusi data yang dikongsikan hari ini berkata, sebanyak 12 jalan ditutup kepada semua kenderaan manakala dua laluan lagi ditutup untuk kenderaan ringan.

Ia melibatkan Jalan Kampung Jak, Jalan Kampung Pengkalan Ajal, Jalan Kampung Batu 24 serta Jalan Kampung Nibong dan Jalan Kampung Bukit Tadok-Paloh Nyior.

Laluan lain yang turut ditutup kepada semua kenderaan juga adalah Jalan Kampung Tapah Felcra Bukit Kapah, Jalan Kampung Kepah-Kuala Ping, Jalan Kampung Felca Pasir Pelata, Jalan Kampung Pereh-Menerong, Jalan Kampung Felcra Bentong, Jalan Kampung Kua – Pengkalan Ajal serta Jalan Persimpangan Paya Besar.

Bagi jalan yang ditutup kepada kenderaan ringan ialah Jalan Paya Besar yang dinaiki air sejauh 300 meter serta Jalan Kampung Lubuk Periuk-Kampung Felda Mengkawang membabitkan laluan sejauh 100m.

ARTIKEL BERKAITAN

GRACE AISYAH KEDAYAN