fb fb fb fb fb

124,807 akaun pengguna di Kedah alami gangguan air

ALOR SETAR, 23 Oktober- 124,807 akaun pengguna di empat daerah di Kedah mengalami gangguan bekalan air sejak pukul 6.35 pagi tadi.

Menurut kenyataan Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA), gangguan berpunca daripada Henti Tugas Operasi Loji Rawatan Air, LRA Pelubang dan LRA Bukit Pinang disebabkan oleh kadar kekeruhan air mentah yang tinggi.

Henti tugas Operasi LRA Pelubang melibatkan 63,654 akaun di Daerah Kota Setar, Pendang, Kubang Pasu dan Pokok Sena.

"Bagi daerah Kota Setar dan Pendang, antara kawasan yang terkesan adalah sepanjang jalan Alor Mengkudu ke Kuala Kedah dan Pekan Tanah Merah Pendang ke Pekan Simpang Empat Kangkong.

"Di Daerah Kubang Pasu, ia melibatkan keseluruhan Pekan Jitra, Jalan Bukit Wang, Jalan Lubuk Kawah, Jalan Jitra ke Kodiang, Jalan Kodiang ke Changlon, Tunjang, keseluruhan Ayer Hitam dan keseluruhan Sanglang serta kawasan sekitar," menurut kenyataan itu.

(Gangguan bekalan air dijangka berlaku sehingga kadar kekeruhan air
mentah kembali normal dan agihan semula bekalan air selesai)

Manakala bagi LRA Bukit Pinang pula, henti tugas melibatkan 61,153 akaun pengguna di Daerah Kota Setar dan sebahagian Daerah Pokok Sena.

SADA memaklumkan, gangguan bekalan air dijangka berlaku sehingga kadar kekeruhan air mentah kembali normal dan agihan semula bekalan air selesai.

Maklumat lanjut boleh menghubungi Pusat Informasi SADA ditalian 1-300-88-0017.

Media Baharu