fb fb fb fb fb

122 JPKKP digerak bantu penduduk Padang Besar daftar PADU

Ruzaini Rais

CHUPING, 12 Mac- Kesemua 122 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) bagi Parlimen Padang Besar akan digerakkan secara aktif bagi membantu penduduk di kawasan masing-masing untuk mendaftar Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).
 
Ketua UMNO Bahagian itu, Ruzaini Rais berkata, usaha berkenaan penting bagi mengelakkan golongan sasar daripada terpinggir dalam menerima manfaat dan bantuan kerajaan menjelang tarikh akhir pendaftaran PADU, akhir Mac ini.

Bagi memudahkan penduduk, pihaknya akan bekerjasama dengan semua JPKKP dan Jabatan Perangkaan Negeri Perlis menjelajah setiap kampung dengan membuka kaunter pendaftaran PADU secara berpusat di setiap lokasi.
 
"Daripada maklumat Jabatan Perangkaan yang kita dapat tadi, Insya-Allah kita akan buat lagi program seperti ini. Nanti kita akan bincang tempat mana yang kita hendak buat. Untuk DUN Chuping hari ini, agak ramai (yang hadir).

"Selepas ini mungkin kita akan buat secara bertempat sahaja, kita panggil semua DUN dalam Parlimen Padang Besar sebelum pendaftaran terakhir (PADU) pada Mac ini," katanya pada Program Bersama Komuniti di Dewan Kampung Baru Panggas di sini.

Tambahnya, pembukaan kaunter PADU Bergerak oleh Skuad Jelajah PADU Jabatan Perangkaan penting bagi membolehkan komuniti setempat mendapat maklumat lebih lanjut mengenai manfaat dan kaedah pendaftaran agar dapat dilaksanakan secara lebih efisien.

SITI AISHAH MD ISA