fb fb fb fb fb

12,975 anggota bertugas misi bantuan banjir di Johor

(Foto FB Onn Hafiz Ghazi)

JOHOR BAHRU, 5 Mac- Sejumlah 12,975 anggota dari jabatan, agensi dan NGO bertugas bagi misi bantuan banjir di Johor.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata semua petugas terlibat bekerja siang dan malam untuk menunaikan amanah dan tanggungjawab membantu penduduk yang terjejas.

"Sama-samalah kita menghargai mereka. Hanya Allah SWT yang mampu membalas pengorbanan wira-wira yang tidak didendangkan ini," katanya menerusi catatan di Facebook hari ini.

Beliau juga memaklumkan berkesempatan turun ke Pejabat Daerah Pertahanan Awam Johor Bahru, semalam.

"Alhamdulillah saya sempat melihat persiapan tambahan yang dilakukan oleh pegawai dan anggota APM Johor Bahru, yang membawa bersama-sama sebuah bot penyelamat serta kit makanan ke kawasan Batu Pahat," tulisnya.

(Datuk Onn Hafiz Ghazi berkesempatan ke Pejabat Daerah
Pertahanan Awam Johor Bahru, semalam/FB Onn Hafiz Ghazi)

Semua petugas terlibat turut dinasihati untuk sentiasa berwaspada dan menjaga keselamatan diri.

"Insya-Allah jasa bakti kalian, termasuk agensi-agensi serta sukarelawan akan diberkati dan diberi ganjaran oleh Allah SWT. Terima kasih wira-wira sekalian," tamba

Media Baharu