fb fb fb fb fb

117.3 juta orang penduduk dunia dipindahkan secara paksa, tahun lalu- UNHCR

Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR), Filippo Grandi/ REUTERS

GENEVA, 13 Jun- Kira-kira 117.3 juta orang dipindahkan secara paksa sehingga hujung tahun lalu dan jumlah tersebut semakin meningkat.

Menurut laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNHCR) terdapat peningkatan setiap tahun dalam bilangan orang yang dipindahkan secara paksa sejak 12 tahun yang lalu.

"Ini adalah pelarian, pencari suaka, orang yang dipindahkan secara dalaman, orang yang dipaksa pergi oleh konflik, oleh penganiayaan, oleh bentuk keganasan yang berbeza dan semakin kompleks," kata Filippo Grandi, Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR).

"Konflik kekal sebagai pemacu perpindahan yang sangat, sangat mendalam.

Agensi itu menganggarkan bahawa pemindahan secara paksa terus meningkat dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, dan bilangan mereka yang dipindahkan berkemungkinan melebihi 120 juta menjelang akhir April.

“Sekiranya, terdapat perubahan dalam geopolitik antarabangsa..malangnya, saya sebenarnya melihat angka itu terus meningkat,” kata Grandi, merujuk kepada risiko konflik baharu.

Konflik yang mendorong perpindahan termasuk perang di Sudan, yang disifatkan Grandi sebagai "salah satu yang paling dahsyat", walaupun kurang mendapat perhatian berbanding krisis lain.

"Lebih 9 juta orang telah kehilangan tempat tinggal dan 2 juta lagi telah melarikan diri ke negara jiran termasuk Chad, Mesir dan Sudan Selatan", kata Grandi.

Di Gaza, pengeboman dan kempen ketenteraan Israel telah menyebabkan kira-kira 1.7 juta orang atau hampir 80% daripada penduduk Palestin menjadi pelarian.

Beliau memberi amaran bahawa kemungkinan pergerakan penduduk Gaza ke Mesir dari bandar sempadan selatan Rafah untuk melarikan diri daripada serangan tentera Israel akan menjadi malapetaka.

"Satu lagi krisis pelarian di luar Gaza akan menjadi malapetaka di semua peringkat, kami tidak mempunyai jaminan bahawa rakyat akan dapat kembali ke Gaza suatu hari nanti," katanya. -REUTERS

ROSLINA BINTI DIN