fb fb fb fb fb

116,000 slot pendaftaran perniagaan percuma buat pelajar IPT

KUALA LUMPUR, 3 Ogos- Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) sepenuh masa yang mendaftar perniagaan mereka dalam Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), boleh menyertai Program Jualan Rahmah.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Fuziah Salleh berkata, pihaknya boleh membantu usahawan IPT yang berminat untuk membuat perniagaan dalam kampus dan menyediakan platform kepada mereka.

Perkara itu berikutan kebanyakan daripada usahawan IPT berniaga secara dalam talian.

"Kita boleh gabungkan dengan item lain dalam Jualan Rahmah yang ditawarakn. Para pelajar ada permohonan yang lebih spesifik contohnya ke[perluan sanitari.

"Sekiranya kita adakan Jualan Rahmah mereka juga berpeluang untuk sama-sama berniaga" katanya dalam sidang media selepas Majlis Memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Pendidikan Tinggi dan agensi di bawah KPDN, SSM di ibu negara.

Melalui MoU itu, sebanyak 116,000 slot pendaftaran perniagaan disediakan secara percuma kepada pelajar IPT dengan sasaran peruntukan geran sebanyak RM7 juta bawah SPPP, tahun ini.

(Fuziah Salleh)

Media Baharu