fb fb fb fb fb

114 mahasiswa terima biasiswa Yayasan ANGKASA

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick menyampaikan surat tawaran dan Anugerah Pelajar Cemerlang (Ijazah Kelas Pertama) pelajar pembiayaaan pendidikan Angkasa Sesi 2023/2024 di Kelana Jaya

KUALA LUMPUR, 28 Januari- Seramai 114 pelajar cemerlang dari pelbagai institusi pengajian tinggi (IPT) menerima biasiswa daripada Yayasan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA) membabitkan pembiayaan berjumlah lebih RM795,000.

Biasiswa pelajar cemerlang peringkat Ijazah Sarjana Muda (sepenuh masa) sesi 2023/2024 itu merangkumi biasiswa penuh kepada 30 pelajar kelas pertama dan 60 peratus kepada 84 pelajar kelas kedua.

Menurut Presiden ANGKASA Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah, sejak tahun 2000 hingga 2023, seramai 1,699 pelajar telah menerima tajaan, pembiayaan dan biasiswa membabitkan jumlah pembiayaan lebih RM32 juta dan daripada jumlah itu, RM11. 14 juta telah ditukar kepada jumlah biasiswa.

Pelajar pembiayaan pendidikan Yayasan ANGKASA yang mendapat keputusan Ijazah Kelas Pertama ditukarkan kepada biasiswa penuh tanpa caj faedah bagi menyuntik semangat pelajar baharu untuk belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh anugerah tersebut.

Jelasnya lagi seramai 193 pelajar bagi sesi pengambilan 2023/2024 menerima pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA dengan jumlah peruntukan pembiayaan sebanyak RM2. 4 juta.

Tambahnya, Yayasan ANGKASA juga menjalankan usaha mencari dana pendidikan melalui pakej sumbangan korporat khusus bagi pihak korporat, koperasi dan syarikat yang ingin menyumbang.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE