fb fb fb fb fb

11 projek sakit di Negeri Sembilan berjaya dipulihkan

Foto hiasan

SEREMBAN, 6 Oktober- Sebanyak 11 daripada 15 projek pembangunan fizikal di bawah Rancangan Malaysia ke-12 di Negeri Sembilan berjaya dipulihkan Kerajaan Negeri.

Kesemua projek tersebut dikenal pasti sebagai 'projek sakit' sejak 1 Januari hingga 31 Oktober lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, tindakan pemantauan secara proaktif dan langkah intervensi dilaksanakan Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) Negeri Sembilan, antaranya dengan melantik kontraktor penyelamat.

"Mesyuarat telah mengarahkan agensi-agensi pelaksana yang terlibat untuk terus memantau secara rapi kemajuan projek-projek tersebut dengan mengambil tindakan ke atas pelan pemulihan (recovery plan) yang telah ditetapkan.

"Sekiranya pihak kontraktor gagal memperbaiki prestasi, tindakan penamatan kontrak perlu dilaksanakan dan seterusnya melantik kontraktor penyelamat dengan kadar segera bagi menyiapkan projek", katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan di Seremban.

Mesyuarat berkenaan turut membincangkan status terkini pelaksanaan projek pembinaan kolam takungan bagi sumber air mentah Loji Air Gemas, projek pembinaan baharu Kompleks Sukan Rembau serta penggunaan sepenuhnya sistem “Myprojek” membolehkan aktiviti pemantauan projek di peringkat daerah dilaksanakan.

ROSLINA BINTI DIN