1,000 pelajar Parlimen Sungai Buloh terima bantuan persekolahan

Datuk Seri Ramanan menyampaikan bantuan persekolahan kepada pelajar yang hadir

SUNGAI BULOH, 17 Januari– Seramai 1,000 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di kawasan Parlimen Sungai Buloh menerima bantuan persekolahan bagi meringankan beban keluarga dalam menyediakan kelengkapan sesi akademik tahun ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • 1,000 pelajar SK dan SMK di Parlimen Sungai Buloh menerima bantuan persekolahan untuk meringankan beban keluarga.
  • 750 pelajar diberikan bantuan tunai RM150 seorang bagi fleksibiliti ibu bapa memenuhi keperluan anak.
  • 250 anak Sahabat Usahawan AIM menerima set baju, kasut, beg dan alat tulis lengkap.
  • Inisiatif kerjasama dengan AIM memastikan tiada pelajar tercicir; lebih banyak program pendidikan dan kebajikan dirancang 2026.

Daripada jumlah itu, seramai 750 pelajar menerima bantuan tunai sebanyak RM150 seorang manakala 250 anak Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menerima sumbangan kelengkapan persekolahan merangkumi set baju sekolah, kasut, beg dan alat tulis.

Ahli Parlimen Sungai Buloh merangkap Menteri Sumber Manusia (KESUMA), Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan berkata inisiatif tersebut bertujuan memberi fleksibiliti kepada ibu bapa untuk menyediakan keperluan anak mengikut keutamaan anak masing-masing.

Menurut beliau, program berkenaan dilaksanakan menerusi kerjasama dengan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan turut merangkumi penyaluran kelengkapan fizikal bagi memastikan tiada pelajar tercicir daripada memulakan sesi persekolahan.

“Program hari ini adalah kerjasama dengan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Selain bantuan tunai, kita turut menyalurkan kelengkapan sekolah bagi memastikan tiada anak-anak yang tercicir daripada memulakan sesi persekolahan dengan semangat baharu,” katanya selepas majlis penyerahan di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan bantuan di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh, hari ini.

Tambahnya, lebih banyak program berkaitan pendidikan dan kebajikan komuniti setempat sedang dirancang bagi pelaksanaan pada tahun 2026.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan