fb fb fb fb fb

100 tahun penganjuran MAHA 2024 sasar 3 juta pengunjung

Lebih 160 penyertaan pempamer dari pelbagai negara telah mengesahkan penyertaan terutamanya negara seperti China dan negara ASEAN Singapura dan Thailand/Foto BERNAMA

SERDANG, 9 Jun - Pameran Pertanian Hortikultur dan Pelancongan Agro Antarabangsa 2024 (MAHA 2024 ) bagi meraikan 100 tahun penganjurannya dengan berskala besar berlangsung selama 12 hari di MAEPS.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Lokman Hakim Ali berkata, pameran akan bermula dari 11 hingga 22 September ini dengan menyasarkan tiga juta pengunjung.

Menurut beliau, lebih 160 penyertaan pempamer dari pelbagai negara telah mengesahkan penyertaan terutamanya negara seperti China dan negara ASEAN Singapura dan Thailand.

"MAHA 2024 memperlihatkan penekanan elemen untuk mengangkat MAHA ke peringkat antrabangsa serta meningkatkan minat terutama golongan belia terlibat sekali gus menjadi sumber pendapatan yang utama.

"Tahun ini sebagai tahun ke-100 kita akan membawa masuk syarikat-syarikat yang memiliki teknologi yang tinggi dari luar negara untuk berkongsi kemahiran dan keupayaan masing-masing.

"Kompetensi teknologi sangat penting kerana sektor pertanian pada hari ini menggalakkan penglibatan pelbagai peringkat umur khususnya belia dan kita lihat dengan penggunaan teknologi seperti artificial intelligence (AI)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas flag-off peserta larian Road To MAHA Fun Run 2024 dalam Program Pra Peluncuran MAHA 2024 di sini, hari ini.

Turut di anjurkan Karnival Sambutan Program Jualan Agro MADANI dan Mini Rhytym of The Farmers selama dua hari yang bermula semalam bagi mempromosikan pengajuran MAHA 2024.

Orang ramai yang ditemui juga menzahirkan rasa teruja dan tidak sabar menantikan penganjuran MAHA 2024 di MAEPS.

"Saya rasa kali ini teruja untuk saya pergi ke MAHA 2024 sebab kita hendak tengok agrikultur yang lebih hebat. Saya menyeru semua rakyat Malaysia terutamanya terlibat dengan sektor pertanian atau agro makanan hadir ke MAHA 2024," kata Mohd Jolharry Abdul Razak.

"Saya menyeru semua rakyat Malaysia untuk hadir, banyak peluang untuk membina rangkaian rakan usahawan, perniagaan industri pertanian peladangan ternakan selain mengenali produk-produk Malaysia," kata Nik Nur Zamzaharah Nik Sin.

MAHA diperkenalkan sejak 1923 , penganjuran pada tahun 2022 sebelum ini merekodkan kehadiran lebih 1 juta pengunjung dengan 33 Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) bernilai RM5.64 bilion.

GRACE AISYAH KEDAYAN