fb fb fb fb fb

100 Tabika terpilih seluruh negara serta program perintis hufaz cilik

KUALA NERUS, 16 September- Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) memilih 100 Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) di seluruh negara bagi menyertai program perintis hufaz cilik.

Sebagai permulaan perancangan itu ia melibatkan 14 buah kelas dengan sasaran seramai 1,400 kanak-kanak akan menyertainya tahun ini.

Pengarah Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak KEMAS Hanisah Saidin berkata, 10 daripada Tabika tersebut ialah di Terengganu.

"Modul itu nanti merupakan kerjsama dengan Yayasan Pahang, ia disebabkan yayasan itu memang ada modul yang telah diguna pakai dan terbukti berkesan. Jadi kita telah menjalinkan kerjasama dengan yayasan tersebut bagi melaksanaka modul hafazan tersebut.

"Setiap negeri memang akan ada Tabika yang akan menyertai program rintis itu, dan setakat ini 10 daripadanya di Terengganu manakala selebihnya di negeri-negeri lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis penutup Hari Potensi Tabika Kemas dan Healthy Bright Kids di sini.

Bagaimanapun Hanisah Sidain turut mengulas berkenaan pertimbangan untuk menambah lebih banyak Tabika dan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) di seluruh negara bagi menampung permohonan kemasukan kanak-kanak yang semakin meningkat setiap tahun.

(Hanisah Saidin)

Media Baharu