fb fb fb fb fb

100 penduduk terjejas banjir di dua daerah di Perak

Foto APM Kuala Kangsar

IPOH, 19 Mei- Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak merekodkan penurunan kepada 100 individu daripada 29 keluarga setakat 8.00 pagi tadi berbanding 529 individu melibatkan 163 keluarga, malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak dalam kenyataan memaklumkan, lima pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di dua daerah terjejas iaitu di Taiping (empat) dan Kuala Kangsar (satu).

Di Taiping, seramai 66 penduduk terjejas banjir daripada 22 keluarga masih ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Batu Hampar Trong, Sekolah Kebangsaan (SK) Matang, Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Baru Trong dan SK Temerlok Trong.

Sementara itu, di Kuala Kangsar, seramai 34 penduduk terjejas banjir daripada tujuh keluarga ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Talang Masjid.

Dua jalan iaitu FT 004 Jalan Raya Timur Barat (Kupang Gerik-Jeli) dan FT 1152 Felda Trolak Selatan, masing-masing dibuka satu lorong akibat kejadian tanah runtuh.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI