fb fb fb fb fb

100 Pelajar B40 di Padang Terap terima sumbangan daripada YPM

FOTO YPM

KUALA NERANG, 12 Mac- Seramai 100 pelajar dari keluarga B40 di Daerah Padang Terap menerima bantuan persekolahan daripada Yayasan Pelajaran MARA (YPM).

Ia bersempena Majlis Penyerahan Bantuan Khas Persekolahan(BPK) YPM 2024 Peringkat Parlimen Padang Terap di Wisma UMNO Kuala Nerang.

Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi Yayasan Kemiskinan Darul Aman merangkap Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

YPM dalam kenyataannya berharap para pelajar yang terpilih untuk menerima bantuan persekolahan YPM dapat memanfaatkan bantuan tersebut dengan sebaik mungkin.

ā€œDiharapkan bantuan kecil ini mampu memberi impak yang besar kepada anak-anak sekalian dalam usaha membantu ibu bapa dan juga para pelajar dalam menghadapi sesi persekolahan 2024/2025 ini,"menurut kenyataan tersebut.

Hadir sama, Pegawai MARA Daerah Padang Terap, Mohd Zuraimy Ahmad; Pegawai Pendidikan Daerah Padang Terap, Jefri Din; dan Pegawai Perhubungan Pendidikan Negeri Kedah, Yayasan Pelajaran MARA, Muhd Akmal Fawwaz Muhamad Ali serta kepimpinan Yayasan Kemiskinan Darulaman.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE