fb fb fb fb fb

100 bakul makanan disumbangkan kepada keluarga B40 di Kuala Kedah

Foto UUM

KUALA KEDAH, 17 Januari - Sebanyak 100 bakul makanan telah disumbangkan kepada keluarga B40 dan miskin tegar di kawasan Kuala Kedah melalui Program Bantuan Ihsan MADANI Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Sumbangan tersebut merupakan hasil kerjasama antara UUM dan Ahli Lembaga UUM Holdings Sdn Bhd Datuk Abdul Muthalib Harun dalam usaha meringankan bebanan golongan memerlukan.

Majlis penyerahan sumbangan tersebut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UUM Profesor Doktor Ahmad Martadha Mohamed.
 
Program berkenaan adalah sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dilaksanakan untuk membantu komuniti setempat, khususnya dalam kalangan keluarga yang terjejas akibat keadaan ekonomi yang mencabar.   
 
Menurut Martadha, program itu bukan sahaja bertujuan memberikan bantuan segera tetapi bagi membincangkan peluang-peluang kerjasama yang lebih besar antara UUM dan komuniti setempat.
 
Sementara itu, beliau berkata, sumbangan tersebut diharap dapat memberikan sedikit kelegaan kepada penerima.
 
Beliau turut menyatakan hasrat meneruskan kerjasama dengan UUM dalam pelbagai bentuk program yang lebih menyeluruh pada masa hadapan.

TETITIA YUSOFF