fb fb fb fb fb

10 khidmat kepakaran disediakan Hospital Tanjong Karang secara berfasa

KUALA SELANGOR, 10 Februari- Hospital Tanjong Karang yang baru beroperasi sejak Oktober tahun lalu bakal mempunyai 10 jenis khidmat kepakaran, yang akan diperkenal secara berfasa.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata, ia termasuk kepakaran pembedahan, kecemasan, perubatan umum, obstetrik dan ginekologi, pediatrik, ortopedik, anestesiologi, radiologi, patologi serta bedah mulut dan maksilofasial.

"Hospital Tanjong Karang ini digabungkan bersama Hospital Sungai Buloh, Hospital Tengku Ampuan Jemaah Sabak Bernam Di bawah hospital kluster Selangor zon utara.

"Jadi Hospital Sungai Buloh akan menjadi hospital pemula dengan status baru sebagai hospital pakar minor," katanya kepada media selepas Majlis Perasmian Hospital Tanjong Karang yang dirasmikan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

(Zaliha Mustafa)

Media Baharu