fb fb fb fb fb

10 kawasan di Alor Gajah terjejas akibat banjir kilat

Foto Ihsan APM

ALOR GAJAH, 17 April- 10 kawasan di Alor Gajah terjejas banjir susulan hujan lebat berterusan bermula pukul 4.00 petang pada Selasa yang menyebabkan air parit dan sungai melimpah ke kawasan penduduk.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka, antara kawasan terjejas Kampung Bukit Tambun, Kampung Bukit Balai, Kampung Padang Keladi dan Taman Masjid Tanah Ria.

Turut terjejas, Pekan Lubok China, Kampung Sungai Jernih, Kampung Pulau dan Kampung Brisu.

Selain itu, Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Balai Raya Bukit Balai turut dibuka semula sekitar pukul 9.00 malam tadi.

Seramai 55 penduduk terjejas banjir daripada 14 keluarga ditempatkan di PPS berkenaan setakat pukul 12.00 tengah hari.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan hujan dan ribut petir di Melaka pada petang ini dan esok.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM