fb fb fb fb fb

10 exco Perak angkat sumpah jawatan

KUALA KANGSAR, 22 November- Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) yang baharu.

Mereka terdiri daripada empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, tiga ADUN Barisan Nasional (BN), dua ADUN PKR dan seorang ADUN Amanah.

Exco DAP ialah ADUN Sungkai, A.Sivanesan; ADUN Aulong, Teh Kok Lim; ADUN Pasir Bedamar, Loh Sze Yee dan ADUN Pasir Bedamar, Woo Kah Leong.

Manakala exco BN ialah ADUN Lintang, Datuk Mohd Zolkafly Harun; ADUN Temenggor, Salbiah Mohamed dan ADUN Belanja, Khairudin Abu Hanipah.

Turut mengangkat sumpah; ADUN Tualang, Mohd Azlan Helmi Helmi dan ADUN Teja, Sandrea Ng Shy Ching daripada PKR serta ADUN Sungai Rapat, Datuk Seri Ir Dr Mohammad Nizar Jamaluddin yang mewakili AMANAH.

Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim

Istiadat mengangkat sumpah berlangsung di Istana Iskandariah, di sini.

Berangkat sama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Idris Shah dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Almarhum Sultan Idris Shah.

Media Baharu