fb fb fb fb fb

10 Ahli Dewan Negeri Johor angkat sumpah sebagai Exco baharu

(Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar)

JOHOR BAHRU, 26 Mac - Sepuluh Ahli Dewan Negeri Johor mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di hadapan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Majlis Istiadat Pelantikan berlangsung di Istana Bukit Serene, di sini.

Berangkat sama, Tunku Mahkota, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Tunku Temenggong, Tunku Idris Iskandar.

(Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar)

Ahli Dewan Negeri yang mengangkat sumpah jawatan, di balai mengadap pagi tadi, masing-masing, Datuk Zahari Sarip (Buloh Kasap); Datuk Mohd Jafni Md Shukor (Bukit Permai); K. Raven Kumar (Tenggaroh); Khairin Nisa Ismail (Serom); Mohd Hairi Mad Shah (Larkin) dan Mohd Fared Mohd Khalid (Semerah).

Turut mengangkat sumpah, Ling Tian Soon (Yong Peng), Lee Ting Han (Paloh), Mohamad Fazli Mohamad Salleh (Bukit Pasir) dan Norliza Noh (Johor Lama).

Datuk Onn Hafiz Ghazi yang juga Ahli Dewan Negeri Machap mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor Ke-19 pada 15 Mac lalu.

Media Baharu