PORT DICKSON, 8 Februari- Kira-kira 10,000 pengunjung hadir memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) peringkat Negeri Sembilan 2025 di Port Dickson, malam tadi.
Majlis sambutan berkenaan dimeriahkan dengan pelbagai tarian kebudayaan.
Orang ramai juga menikmati pelbagai juadah tempatan seperti sate, dim sum, cendol, apam balik dan sebagainya.
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenaan mencemar duli ke majlis tersebut.
Turut berangkat, Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz dan Tunku Zain Al-'Abidin Ibni Tuanku Muhriz.
Undang Luak Johol, Datuk Muhammad Abdullah serta Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Aminuddin Harun turut hadir.