SUNGAI PETANI, 13 Mac- Seramai 1,780 warga emas dan golongan orang kurang upaya (OKU) di Kedah menerima sumbangan Hari Raya Aidilfitri 2025 daripada pasar raya LONGWAN.
Program dilaksana dengan kerjasama Majlis Jaksa Pendamai Negeri Kedah.
Presiden Majlis Jaksa Pendamai Negeri Kedah, Datuk Wira Syed Azizan Al-Idrus Syed Mohamad berkata sumbangan tersebut diserahkan kepada penerima di empat lokasi iaitu Taman Tunku Hosna, Alor Setar melibatkan 410 penerima; Guar Chempedak, Yan (410); Baling (360); dan Sungai Petani (600).
Sumbangan diserahkan secara berperingkat-peringkat bermula 6 Mac lalu.
Beliau berharap pemberian sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan beban para penerima dalam menyambut .
Datuk Wira Syed Azizan berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan tersebut di Sungai Petani.
1,780 warga emas & OKU terima sumbangan Hari Raya Aidilfitri daripada LONGWAN
