fb fb fb fb fb

1,669 kekosongan jawatan berteraskan AI, permainan

Abdul Rahman Mohammad

KUALA LUMPUR, 4 Julai- Statistik Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) merekodkan sebanyak 1,669 kekosongan jawatan aktif berteraskan AI dan permainan telah diiklankan dalam portal MYFuture Jobs.

Timbalan Menteri Sumber Manusia (KESUMA), Datuk Seri Abdul Rahman Mohammad berkata, ia bagi tempoh Januari hingga 28 Jun 2024. 

Antara jawatan yang diiklankan adalah Juruanimasi dan Pemodel 3D, Saintis Data, Multimedia Kreatif, Pengurus Permainan, Pengaturcara Permainan serta Pengaturcara Permainan Komputer.

"Memang adalah satu bidang yang memang sangat tinggi kalau daripada segi pendapatannya.

"..Dan melalui TalentCorp kita telah mewujudkan MyMahir 'Future Skills Talent Council' (FSTC) iaitu satu majlis berpandukan kepada sektor industri yang dipacu oleh industri.

"Dan salah satu MyMahir FSTC adalah sektor ICT (teknologi komunikasi dan maklumat), yang mana terlibat adalah seperti MDEC (Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia), IBM Malaysia, Dell Technologies Malaysia, IX Telecoms Sdn. Bhd, Agmo Studio Sdn. Bhd dan banyak lagi yang lain..di mana penglibatan di bawah agensi kami adalah seperti Jabatan Pembangunan Kemahiran, Jabatan Tenaga Manusia, NIOSH (Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara) serta PTPK (Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran)," katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham di Dewan Rakyat di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM