fb fb fb fb fb

1,200 sertai MAFA Century 100th Years Clean Eco Fun Run & Ride

FOTO RTM

AYER KEROH, 30 Disember-Kira-kira 1,200 peserta menyertai Program Larian Santai dan Berbasikal MAFA Century 100th Years Clean Eco Fun Run & Ride di Taman Botanikal Melaka, Ayer Keroh.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusof berkata, program anjuran Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA) dan SWM Environment itu, merupakan pembuka tirai kepada Sambutan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Menurut Rauf, program berkenaan juga dilihat penting untuk meningkatkan imej Melaka sebagai sebuah negeri pelancongan sekali gus mempromosi TMM2024.

"Kita lihat sambutan daripada peserta-peserta begitu hebat sejak awal pagi dan ini adalah salah satu program pembuka tirai ambang 2024 dan dan pelancaran TMM2024 yang kita tinggal beberapa jam sahaja lagi kita akan dapat bersama-sama meraikan pelancaran Tahun Melawat Melaka", katanya yang ditemui selepas pelepasan peserta program berkenaan di Taman Botanikal, di sini.

Program larian santai berkenaan membabitkan laluan sejauh 5 kilometer (KM) manakala acara berbasikal sejauh 20 kilometer.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik turut diadakan seperti cabutan bertuah, pemeriksaan kesihatan percuma, persembahan artis, dan zumba.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD