fb fb fb fb fb

1, 145 kasut jenama Vern's dirampas - IGP

Rampasan kasut tumit tinggi jenama Vern's di Johor Bahru

KUALA LUMPUR, 8 April - Sebanyak 1,145 pasang kasut jenama Vern's dirampas susulan isu logo menyerupai kalimah Allah.

Menurut Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain, rampasan melibatkan empat negeri di Johor, Kuala Lumpur, Penang dan Kedah.

Razarudin berkata, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) akan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk menentukan sama ada logo yang tertera pada salah satu model kasut Vern merupakan tulisan khat atau hanya rekaan grafik kasut tumit tinggi tersebut.

"Polis akan memanggil syarikat pengeluar kasut bagi membantu siasatan.

"Penjual atau syarikat pengeluar kasut, juga kita akan panggil. Selain itu, paling penting adalah laporan daripada JAKIM, siasatan kita akan teruskan lagi.

"Kita nak pastikan apa kesalahan pada signage (logo) itu," katanya kepada media selepas Majlis Serah Terima TUgas Pengarah Jabatan dan enguatkuasaan Trafik di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai logo kasut tumit tinggi keluaran Vern's Holding Sdn Bhd yang didakwa menyerupai kalimah Allah.

Bagaimanapun semalam syarikat itu tampil memohon maaf berhubung rekaan logo kasut tumit tinggi keluarannya yang disalah tafsir hingga menyinggung perasaan umat Islam di negara ini.

Syarikat tersebut menjelaskan bahawa reka bentuk logo tersebut 100 peratus diilhamkan berdasarkan bayangan garisan tali yang bersambung dengan sebuah kasut tumit tinggi.

Susulan insiden itu, polis membuka satu kertas siasatan berhubung dakwaan jenama kasut yang memaparkan logo mirip kalimah Allah pada tapaknya.

Razarudin berkata, setakat pukul 7 malam tadi, polis menerima sebanyak lapan laporan polis berkaitan kes itu.

BERITA BERKAITAN

 

GRACE AISYAH KEDAYAN