fb fb fb fb fb

1,120 pelajar sekolah menengah di Kedah disahkan positif COVID-19

ALOR SETAR, 20 Januari - Seramai 1,120 pelajar sekolah menengah di Kedah disahkan positif COVID-19 sejak 1 Januari lalu.

Kluster aktif terbaharu iaitu yang kesembilan ialah Kluster Dah Teratai Jingga.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Othman Warijo berkata Kluster Dah Teratai Jingga yang melibatkan Maktab Mahmud Alor Setar telah mencatatkan 18 kes positif COVID-19.

"Kluster melibatkan institusi pendidikan di Kedah mula direkodkan pada 11 Januari lalu iaitu Kluster Dah Che Bema.

"Kluster seterusnya pada 17 Januari iaitu Kluster Dah Jalan Merbau melibatkan warga Kolej MARA Kuala Nerang," katanya dalam satu kenyataan.

Pada 18 Januari, tiga lagi kluster baharu diisytihar, masing-masing Kluster Dah Penyarom di Maktab Mahmud Pendang; Kluster Dah Teluk Teduri melibatkan warga MRSM Baling dan Kluster Dah Jalan Pantai di SMK Kota Kuala Muda.

"Dan semalam tiga lagi kluster baharu diisytihar iaitu Kluster Dah Padang Halban melibatkan kumulatif 25 kes membabitkan warga Sekolah Menengah Kebangsaan, SMK Changlun di Kubang Pasu dan kumulatif 37 kes melibatkan Kluster Dah Sungai Kob membabitkan warga SMK Sungai Kob di Kulim.

"Selain itu, Kluster Dah Sungai Limau melibatkan kumulatif 27 kes membabitkan warga Sekolah Menengah Agama, SMA Saadah Al-Diniyah Al-Islamiyah di Yan melibatkan daerah Yan, Kota Setar dan Pendang," menurut kenyataan itu.

Media Baharu