fb fb fb fb fb

1,100 anggota polis bertugas pada Hari Kebangsaan 2022

KUALA LUMPUR, 18 Ogos- Seramai 1,100 anggota polis akan bertugas pada sambutan Hari Kebangsaan 2022 yang akan diadakan di Dataran Merdeka, ibu negara.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahaya, ia bagi mengawal keselamatan dan trafik selain memastikan keselamatan dan ketenteraman orang ramai selamat.


(Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahaya)

"Konsep penugasan yang saya rangkakan ini adalah melibatkan 2 elemen utama iaitu elemen penugasan operational iaitu tugas jaga aman, kawalan keselamatan dan juga kawalan orang ramai.

"Jadi ini melibatkan dengan aliran oang ramai, dan ia melibatkan jaga aman mengelakkan berlaku sebarang aktiviti jenayah ataupun perkara-perkara yang menyumbang kepada jenayah.

"Dan satu lagi penugasan adalah tektikal, penugasan tektikal ini saya tidak akan je laskan secara terperinci kerana ia melibatkan dengan elemen-elemen kepakaran di dalam polis berdasarkan kepada unit-unit yang pakar dalam penugasan tertentu," katanya pada program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.

Tambahnya, pihak polis turut dibantu dengan 112 kamera litar tetutup (CCTV) di sekitar kawasan Dataran Merdeka bagi memantau keselamatan termasuklah memudahkan pihaknya menerima arahan semasa dan input daripada lapangan.

Media Baharu