fb fb fb fb fb

1,085 PPK terima pelantikan tetap menjelang Januari 2023

KUALA LUMPUR, 3 November- 1,085 Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) bakal menerima pelantikan jawatan tetap menjelang Januari 2023.

Keperluan itu bagi mengisi sebahagian daripada 2,456 kekosongan jawatan itu di seluruh negara ketika ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata pelantikan jawatan itu turut merangkumi PPK Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) bertaraf kontrak yang akan diberi peluang untuk diserap sebagai PPK tetap.

MySTEP merupakan inisiatif kerajaan bernilai RM700 juta yang membuka 50,000 peluang pekerjaan jangka pendek (kontrak) di pelbagai kementerian, agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Untuk kemasukan masa terdekat, 100 calon PPK akan menerima tawaran pelantikan jawatan pada 5 Disember ini.

Pelantikan jawatan berkenaan sedikit sebanyak dapat meringankan beban doktor dan jururawat yang berdepan dengan pelbagai tugasan.


(Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin)

 

Media Baharu