fb fb fb fb fb

1,066 notis dikeluarkan JPJ Johor, atas pelbagai kesalahan

Foto JPJ

BATU PAHAT, 20 Mei- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor mengeluarkan 1,066 notis kepada pengguna jalan raya di Batu Pahat atas pelbagai kesalahan, menerusi Ops Khas Awas Falcon Zon Selatan, pada 17 hingga 18 Mei lalu.

JPJ Johor dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa daripada jumlah itu, 495 notis melibatkan kesalahan seperti langgar lampu isyarat, memotong di garisan berkembar, menggunakan lorong kecemasan dan membawa lebih muatan.

"Baki 525 notis dikeluarkan pula, melibatkan pelbagai kesalahan lain," kata kenyataan itu.

Operasi tersebut dijalankan di Batu Pahat, susulan daerah tersebut mencatatkan kadar kemalangan yang tinggi di Johor.

Ops Khas itu melibatkan kerjasama JPJ Melaka dan Negeri Sembilan.

Tindakan diambil mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM