fb fb fb fb fb

1,000 pelajar Maktab Mahmud Alor Setar sertai Malaysia World #Quran Hour

Bacaan Al-Quran serentak diseluruh negara

ALOR SETAR, 25 Mac - Seramai 1,000 peserta terdiri pelajar Maktab Mahmud, Alor Setar  mengambil bahagian dalam Malaysia World #Quran Hour di Kedah yang berlangsung pagi tadi.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kempen #QuranHour merupakan inspirasi dan cetusan agar potensi setiap individu dapat dilonjakan dan diterjemahkan berlandasan sistem operasi Al-Quran serta penyelarasan kerangka fikir mengikut sunnah Rasullulah S.A.W.

"Umat Islam disaran memanfaatkan bulan Ramadan dengan memperbanyakan lagi membaca Al-Quran dengan mendalami maksud dan pengajaran yang terkandung didalamnya," kata Sanusi ketika merasmikan majlis itu.

Hadir sama pada majlis itu ialah Exco Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Datuk Mohd Azam Abd Samad.

World #Quran hour merupakan sebahagian daripada jihad untuk umat Islam memperkukuhkan lagi hubungan sesama umat yang bersatu dan berpegang teguh kepada ajarannya.

Bacaan Al-Quran serentak diseluruh negara turut diperdengarkan selain persembahan qasidah.

TETITIA YUSOFF