MANJOI, 22 Mac β Seramai 1,000 asnaf di sekitar Parlimen Tambun menerima bantuan sempena bulan Ramadan menerusi program Ziarah Kasih MADANI yang merupakan inisiatif khas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bantuan yang melibatkan peruntukan sebanyak RM210,000 itu merangkumi sumbangan wang tunai dan kotak makanan asas bagi meringankan beban golongan memerlukan sepanjang bulan Ramadan dan menjelang sambutan Syawal akan datang.
Setiausaha Politik, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, pemberian bantuan itu diselaraskan dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Pejabat Agama dan ICU.
βIni kita selaraskan senarai penerima ni di peringkat ICU dan juga Pejabat Agama serta data-data terkini daripada wakil-wakil kita di setiap kampung dalam Parlimen,β katanya kepada RTM.
Program tersebut turut diserikan dengan sesi Ziarah Kasih ke 10 buah rumah asnaf serta majlis berbuka puasa bersama penduduk setempat, yang dianjurkan oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).
Ziarah Kasih MADANI merupakan salah satu tuntutan daripada Perdana Menteri untuk menyantuni kelompok memerlukan serta mengetahui permasalahan dihadapi.
Objektif utama menoktahkan kemiskinan serta pada masa sama mengeluarkan mereka daripada kepompong berkenaan melalui pelbagai inisiatif disediakan.