Melangkah Bersama Kelestarian: Usaha Ajinomoto (Malaysia) Berhad untuk Masa Depan Lebih Hijau

Malaysia kini semakin merasai kesan perubahan alam sekitar, seperti cuaca yang semakin panas dan tidak menentu, serta peningkatan sisa, menjadikan isu kelestarian lebih dirasai dalam kehidupan seharian. Dalam situasi ini, Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) terus memperkukuh komitmennya untuk membina masa depan yang lebih hijau dan bertanggungjawab, dengan keyakinan bahawa perubahan bermakna bermula daripada tindakan yang konsisten.

Perjalanan kelestarian AMB berteraskan empat prinsip utama yang menjadi asas kemajuan jangka panjang iaitu amalan perniagaan beretika, promosi kesihatan dan gaya hidup lebih baik, pemuliharaan alam sekitar, serta pemerkasaan individu dan komuniti. Prinsip-prinsip ini mencerminkan kepercayaan AMB bahawa kelestarian sebenar bukan sahaja melibatkan penjagaan alam sekitar, tetapi juga aspek manusia, etika, dan kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh.

Di sebalik setiap produk yang digunakan oleh rakyat Malaysia, terdapat rangkaian operasi yang sentiasa diperbaiki untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar. Ajinomoto (Malaysia) Berhad telah menggunakan teknologi penjimatan tenaga, inisiatif kitar semula, proses pengurangan sisa, serta pengurusan sumber secara efisien di seluruh fasilitinya. Walaupun usaha-usaha ini jarang disedari pengguna, ia memainkan peranan penting dalam menyokong sasaran global Kumpulan Ajinomoto untuk mengurangkan impak alam sekitar sebanyak 50 peratus menjelang 2030. AMB terus berinovasi dalam operasinya bagi memastikan kelestarian dijalankan secara praktikal dan berkesan.

Masyarakat sentiasa menjadi teras kepada segala yang dilakukan oleh AMB dan syarikat ini komited untuk menyokong komuniti setempat. Menyumbang kepada pembangunan tempatan dan kesejahteraan masyarakat termasuk memberi impak positif kepada semua pihak. Pada Tahun Kewangan 2025, AMB telah bekerjasama dengan pihak sekolah, agensi kerajaan, dan organisasi bukan kerajaan (NGO) dalam pelbagai inisiatif berkaitan pendidikan, kesihatan, kesejahteraan, dan pemerkasaan belia. Antara usaha yang dilaksanakan termasuk program bimbingan dan kebajikan, serta bengkel pembangunan kemahiran, yang bertujuan membawa perubahan bermakna dalam kehidupan masyarakat.

Selain tindakan terhadap alam sekitar, fokus kelestarian syarikat turut memberi penekanan kepada pemerkasaan komuniti. Ajinomoto (Malaysia) Berhad secara aktif menyokong pendidikan belia, pembangunan kemahiran serta kerjasama dengan sekolah, NGO dan organisasi tempatan. Program-program ini bertujuan memberi inspirasi kepada generasi muda Malaysia, memupuk bakat masa depan dan memperkukuh komuniti yang menjadi asas kepada pertumbuhan negara. Pendekatan ini mencerminkan nilai masyarakat Malaysia yang mementingkan semangat saling membantu dan maju bersama.

Memelihara amalan perniagaan beretika kekal sebagai salah satu elemen penting dalam kelestarian syarikat. AMB menekankan ketelusan, pematuhan, dan tadbir urus yang bertanggungjawab bagi memastikan setiap operasi dijalankan dengan integriti dan keadilan. Pengurusan bekalan beretika, proses membuat keputusan yang bertanggungjawab, serta pematuhan berterusan terhadap peraturan membantu membina kepercayaan dan mengukuhkan prinsip bahawa kelestarian mesti dipandu oleh tanggungjawab moral.

Pada masa sama, Inovasi terus menjadi pemacu utama kemajuan kelestarian syarikat. AMB sentiasa meneroka teknologi baharu dan kaedah pengeluaran yang lebih bersih bagi mengurangkan kesan terhadap alam sekitar, sambil meningkatkan kualiti dan nilai nutrisi produk. Daripada penambahbaikan pembungkusan hingga penggunaan sumber yang lebih cekap, inovasi ini mengukuhkan komitmen syarikat terhadap kelestarian jangka panjang serta menyumbang kepada usaha global ke arah penggunaan dan pengeluaran yang lebih bertanggungjawab.

Menjelang tahun 2030, Ajinomoto (Malaysia) Berhad menetapkan visi masa depan di mana kelestarian, kesejahteraan komuniti, dan amalan perniagaan bertanggungjawab bergerak seiring. Visi ini selari dengan aspirasi Kumpulan Ajinomoto untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat global sambil mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar. Usaha yang dilaksanakan hari ini membina asas kukuh untuk manfaat generasi akan datang dan mengukuhkan legasi yang ingin ditinggalkan oleh syarikat.

Kelestarian adalah tanggungjawab Bersama, Ajinomoto (Malaysia) Berhad menyedari bahawa walaupun syarikat terus memperbaiki operasi dan inisiatifnya, setiap rakyat Malaysia juga memainkan peranan penting dalam membina masa depan yang lebih hijau. Dengan membuat pilihan yang lebih bijak, mengurangkan pembaziran, dan menyokong jenama yang bertanggungjawab, perubahan besar dapat dicapai secara kolektif. AMB kekal komited memainkan peranannya dengan membangunkan produk, proses, dan inisiatif yang menyumbang kepada persekitaran lebih sihat serta komuniti yang lebih kukuh.

Dengan nilai yang jelas, tujuan yang kukuh, dan visi yang berpandangan jauh, Ajinomoto (Malaysia) Berhad komited untuk membina masa depan di mana rakyat dapat makan dengan baik, hidup sihat, dan berkembang dalam dunia yang lebih bersih dan hijau. AMB meneruskan usaha membina masa depan lestari, dengan setiap tindakan berhemah memberi impak yang bermakna.