RASMI: SPR umum BN menang PRN Negeri Sembilan

Datuk Seri Ramlan Harun (tengah) ketika mengadakan sidang media keputusan rasmi PRN Negeri Sembilan ke-16 di Wisma Persekutuan hari ini/ Bernama

SEREMBAN, 2 Ogos- Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengumumkan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pembahagian kerusi: BN 18, PH 11, PN 7 daripada 36 kerusi DUN.
  • PRN dijalankan secara bebas, adil dan telus; SPR berpuas hati tiada perkara menjejaskan perjalanan pilihan raya.
  • Kadar keluar mengundi 72.64% (646,084 pengundi), termasuk pengundi awal, pos dan biasa.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun dalam sidang media di sini memaklumkan BN memperoleh 18 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), diikuti Pakatan Harapan (PH) dengan 11 kerusi dan Perikatan Nasional (PN) sebanyak tujuh kerusi.

Beliau berkata PRN Negeri Sembilan ke-16 telah dijalankan secara bebas, adil dan telus.

Seramai 646,084 pengundi atau 72.64 peratus daripada keseluruhan pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya berkenaan.

Jumlah itu merangkumi pengundi awal, pengundi pos dan pengundi biasa.

Menurut Datuk Seri Ramlan, SPR berpuas hati dengan proses pengundian yang berlangsung semalam (1 Ogos) apabila pengundi berdaftar dapat menunaikan hak serta tanggungjawab mereka tanpa sebarang perkara tidak diingini yang boleh menjejaskan perjalanan pilihan raya.

Beliau berkata dalam melaksanakan urusan pilihan raya, SPR sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.

Keputusan penuh PRN Negeri Sembilan ke-16 boleh disemak menerusi aplikasi MySPR Semak atau dashboard SPR.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.