PRN N. Sembilan : Proses kira undi pos bermula petang ini

Gambar hiasan / Foto arkib BERNAMA

SEREMBAN, 1 Ogos – Pengiraan kertas undi pos yang telah dikeluarkan kepada individu yang layak mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, bermula petang ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pengiraan dilaksanakan oleh pegawai SPR dan disaksikan wakil calon di lapan pusat penjumlahan rasmi seluruh negeri.
  • Proses melibatkan pengiraan kira-kira 12,000 kertas undi pos.
  • Sebanyak 13,263 kertas undi pos dikeluarkan; 12,669 (Kategori 1A), 343 (1B), 251 (1C).

Proses pengiraan yang bermula 5 petang ini dan dilaksanakan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dengan disaksikan wakil calon daripada semua parti atau individu yang bertanding, di lapan pusat penjumlahan rasmi undi di seluruh negeri ini.

Ia melibatkan pengiraan kertas undi pos sebanyak kira-kira 12,000.

Pada 20 Julai, Setiausaha SPR Datuk Khairul Shahril Idrus dilapor berkata sebanyak 13,263 kertas undi pos dikeluarkan kepada individu yang layak mengundi di PRN berkenaan.

Sebanyak 12,669 kertas undi pos dikeluarkan kepada petugas pilihan raya, ahli dan pegawai SPR, anggota polis, anggota tentera serta petugas media di bawah Kategori 1A.

Selain itu, sebanyak 343 kertas undi pos dikeluarkan kepada warganegara Malaysia yang menetap di luar negara di bawah Kategori 1B, manakala 251 lagi kepada pegawai daripada 11 agensi dalam sektor keselamatan dan kesihatan di bawah Kategori 1C. – BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.