PRN N. Sembilan : Peratusan keluar mengundi tiga DUN atasi pencapaian PRN 2023

Orang ramai menunaikan tanggungjawab mengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16 / Foto BERNAMA

SEREMBAN, 1 Ogos – Sebanyak 65.38 peratus atau 562,133 daripada keseluruhan 859,760 pengundi berdaftar telah menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 setakat pukul 4 petang.

RINGKASAN BERITA AI
  • DUN Kota, Seri Menanti dan Labu catat peratusan keluar mengundi tertinggi, masing-masing 70.9 peratus.
  • DUN Bahau, Lobak dan Lukut merekodkan peratusan keluar mengundi terendah, masing-masing 59 peratus.
  • Peratusan keluar mengundi mengatasi pencapaian PRN Negeri Sembilan 2023, yang ketika itu 61.89 peratus.
  • PRN kali ini memilih 36 Ahli Dewan Undangan Negeri bagi membentuk kerajaan negeri; pengundian bermula 8 pagi, tutup antara 5.30 hingga 6 petang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota, Seri Menanti dan Labu merekodkan peratusan keluar mengundi tertinggi setakat ini, masing-masing sebanyak 70.9 peratus.

Sementara itu, DUN Bahau, Lobak dan Lukut mencatatkan peratusan keluar mengundi terendah, dengan masing-masing merekodkan 59 peratus.

Peratusan keluar mengundi setakat pukul 4 petang itu juga mengatasi pencapaian pada waktu sama semasa PRN Negeri Sembilan ke-15 pada 2023, apabila hanya 61.89 peratus atau 518,737 daripada 838,200 pengundi telah keluar mengundi.

PRN Negeri Sembilan kali ini melibatkan 859,760 pengundi berdaftar yang layak memilih 36 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi membentuk kerajaan negeri untuk penggal baharu.

Proses pengundian yang bermula pada pukul 8 pagi akan ditutup secara berperingkat antara pukul 5.30 petang hingga 6 petang mengikut lokasi pusat mengundi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.