PRN N. Sembilan: Calon PH yang dipilih akan lengkapkan pasukan, berkhidmat kepada rakyat

Foto BERNAMA

SEREMBAN, 1 Ogos – Calon Pakatan Harapan (PH) yang dipilih pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 akan melengkapkan pasukan masing-masing mulai Isnin bagi mendahulukan khidmat kepada rakyat.

RINGKASAN BERITA AI
  • PH merakamkan penghargaan kepada rakyat Negeri Sembilan yang menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.
  • Semua 36 calon PH akan turun menyantuni rakyat di kawasan masing-masing pagi esok sebagai tanda penghargaan dan amanah diberikan.
  • PH berterima kasih kepada SPR, pasukan keselamatan, media, sukarelawan dan jentera parti atas kelancaran proses pilihan raya.

PH dalam satu kenyataan merakamkan penghargaan kepada rakyat Negeri Sembilan yang menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Kesemua 36 calon PH akan turun menyantuni rakyat di kawasan masing-masing pagi esok sebagai tanda penghargaan atas sokongan dan amanah yang diberikan.

“Kami turut berterima kasih kepada petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pasukan keselamatan, media, sukarelawan, jentera parti dan semua pihak yang memastikan proses pilihan raya berjalan lancar,” menurut kenyataan itu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.