PRN Johor: Calon Tenggaroh hadir tinjau proses pengundian awal di Kem Iskandar

Calon BN bagi DUN N33 Tenggaroh Mohd Youzaimi Yusof (kiri) dan calon PH Md Yusof Dawam (kanan) hadir meninjau proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di Kem Iskandar, Mersing/ BERNAMA

MERSING, 7 Julai – Ketiga-tiga calon yang bertanding di kawasan N33 Tenggaroh dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16  hadir meninjau proses pengundian awal di Kem Iskandar, Mersing.

RINGKASAN BERITA AI
  • Calon PH Md Yusof Dawam berkata kempen merangkumi 70 peratus kawasan Tenggaroh dalam tempoh 11 hari.
  • Penduduk minta percepat Perumahan Generasi Kedua FELDA, penyusunan kedai dan penjelasan geran tanah untuk generasi seterusnya.
  • Pertembungan tiga penjuru antara calon PH Md Yusof, BN Mohd Youzami dan PN Muhamad Ameerul di kawasan N33 Tenggaroh.
  • Calon BN Mohd Youzami fokus hadiri program sukan, kerohanian dan jamuan untuk mendekati masyarakat Felda serta kampung tradisi.

Calon Pakatan Harapan (PH), Md Yusof Dawam memaklumkan, kempennya telah merangkumi 70 peratus kawasan Tenggaroh, sepanjang tempoh 11 hari berkempen.

Katanya, antara permintaan yang disuarakan penduduk, adalah menyegerakan Perumahan Generasi Kedua FELDA, selain penyusunan kedai-kedai di kawasan itu.

“Pembinaan lebih sistematik, geran tanah yang perlu sama ada bagi ToL, perlu dijelaskan… sebab apabila generasi pertama telah tiada, generasi anak-anak dia boleh ambil alih, kalau tidak nanti tanah dia akan menjadi kosong”, katanya.

Sementara itu, calon Barisan (BN), Mohd Youzami Yusof, memberi tumpuan dengan menghadiri pelbagai jenis program termasuk kesukanan, kerohanian, serta jamuan, bagi mendekati masyarakat.

“Sebab kawasan N33 Tenggaroh ini mempunyai dua tempat berbeza, satu masyarakat Felda dan satu lagi di masyarakat kampung tradisi”, katanya ketika ditemui media semasa meninjau proses pengundian awal di Kem Iskandar.

Kawasan N33 Tenggaroh menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon PH, Md Yusof Dawam, calon BN, Mohd Youzami Yusof serta Muhamad Ameerul Muhamad dari Perikatan Nasional (PN).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.