PRN Johor: Anggota polis cedera tetap tunai tanggungjawab

Foto RTM

JOHOR BAHRU, 7 Julai – Kecederaan pada kaki kanan tidak menghalang seorang anggota polis menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi sempena dengan hari pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sarjan Shahrizal Musa bertugas di Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, IPK Johor.
  • Cedera dialami ketika bermain sepak takraw.
  • Seramai 1,338 pengundi dijangka menunaikan undi awal di pusat pengundian IPK Johor bagi DUN N.45 Stulang.

Anggota polis, Sarjan Shahrizal Musa, yang bertugas di Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, berkata, walaupun terpaksa menggunakan kerusi roda akibat kecederaan, beliau tetap hadir menunaikan tanggungjawab mengundi.

Katanya, kecederaan yang dialami ketika bermain sepak takraw tidak mematahkan semangatnya untuk hadir ke pusat mengundi pada pagi ini.

“Ini pengalaman pertama saya mengundi menggunakan kerusi roda. Sebelum ini saya datang mengundi seperti biasa, tetapi walau apa pun keadaannya, saya tetap hadir kerana mengundi adalah tanggungjawab kita,” katanya kepada RTM.

Seramai 1,338 pengundi dijangka menunaikan tanggungjawab masing-masing di pusat pengundian awal yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bagi DUN N.45 Stulang.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.