Mohd Khuzzan mahu bangunkan pelancongan dan ekonomi setempat di Semerah

Calon PH DUN Semerah, Mohd Khuzzan Abu Bakar/ BERNAMA

BATU PAHAT, 9 Julai – Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerah memiliki potensi besar dibangunkan sebagai destinasi pelancongan utama daerah Batu Pahat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menggalakkan aktiviti pelayaran di Sungai Batu Pahat sebagai tarikan pelancongan untuk menarik pelancong dalam dan luar negara.
  • Menambahbaik infrastruktur dan membersihkan laluan air sempit bagi mengurangkan risiko banjir kilat.
  • Mendirikan pusat ekonomi setempat seperti industri kecil dan sederhana untuk mempromosikan produk hiliran, makanan dan kraf tangan.
  • Memajukan pelancongan makanan warisan seperti nasi beriani, asam pedas dan mi racun melalui agrotourism untuk tingkatkan pendapatan masyarakat.

Calon Pakatan Harapan bagi kerusi N17, Semerah, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, aktiviti pelayaran menyelusuri Sungai Batu Pahat, menjadi tarikan utama bagi menarik kehadiran ramai pelancong dalam dan luar negara.

Beliau berkata, sekiranya diberi mandat, beliau mahu menambah baik infrastruktur termasuk membersihkan persekitaran kerana banyak laluan air sempit yang menyebabkan berlakunya banjir kilat.

Selain itu, beliau turut merancang mendirikan pusat ekonomi setempat seperti Industri kecil dan sederhana yang dapat mempromosikan produk hiliran, makanan dan kraf tangan.

“Kalau kita lihat kawasan DUN Semerah ini terkenal dengan nasi beriani, asam pedas dan mi racun. Kalau produk diselarikan ini membolehkan industri pelancongan makanan warisan agrotourism menjadi lebih baik dan mendatangkan pendapatan tinggi untuk masyarakat setempat”, katanya.

N17 Semerah menyaksikan seramai 47,431 pengundi dengan 15 daripadanya sudah mengundi awal, 7 Julai lalu.

Mohd Khuzzan bakal berdepan saingan tiga penjuru menentang penyandang kerusi, Mohd Fared Mohd Khalid daripada Barisan Nasional (BN), serta Othman Kepol dari Perikatan Nasional (PN).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.