Arul Kumar pertahan DUN Nilai dengan majoriti 5,937 undi

J. Arul Kumar/ RTM

SEREMBAN, 2 Ogos- Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.10 Nilai, J. Arul Kumar berjaya mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, sekali gus memperoleh mandat untuk penggal keempat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pertandingan lima penjuru dijangka lebih mencabar bagi calon DUN Nilai.
  • Menjangkakan majoriti kemenangan akan berkurangan berbanding biasa.
  • Masih berjaya mengekalkan majoriti sekitar 6,000 undi.
  • Memperoleh 15,797 undi, menewaskan Alan Lai dengan majoriti 5,937 undi.

“Saya melihat persaingan di DUN Nilai kali ini lebih mencabar kerana melibatkan pertandingan lima penjuru.

“Kami sememangnya menjangkakan majoriti kemenangan akan berkurangan. Namun, kami masih berjaya mengekalkan majoriti sekitar 6,000 undi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada RTM selepas pengumuman rasmi keputusan pilihan raya oleh Pegawai Pengurus Parlimen Seremban, Datuk Ir. Ts. Masri Baharuddin di sini, malam Sabtu.

Arul Kumar turut merakamkan penghargaan kepada para pengundi yang terus memberikan kepercayaan kepadanya untuk mewakili DUN Nilai bagi penggal keempat.

Dalam pertandingan lima penjuru itu, Arul Kumar memperoleh 15,797 undi untuk menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Alan Lai, dengan majoriti 5,937 undi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.