13,263 kertas undi pos PRN N.Sembilan – SPR

Foto HIASAN

PUTRAJAYA, 20 Julai – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan sebanyak 13,263 kertas undi pos bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pembahagian kertas undi pos: 12,669 untuk Kategori 1A, 343 untuk 1B dan 251 untuk 1C.
  • Proses pengeluaran dijalankan dengan kehadiran wakil calon daripada semua parti atau individu yang bertanding.
  • Pengundi pos mesti menandakan kertas undi dan melengkapkan Borang Pengisytiharan Identiti atau Borang 2 sebelum penghantaran.
  • Kertas undi wajib diterima sebelum pukul 5 petang pada Hari Mengundi 1 Ogos; jangan rakam atau siarkan gambar undi pos.

Daripada jumlah itu, 12,669 kertas undi pos dikeluarkan kepada pemohon Kategori 1A, melibatkan petugas pilihan raya, ahli dan pegawai SPR, anggota polis, anggota tentera serta petugas media.

Menurut kenyataan Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus, sebanyak 343 kertas undi pos pula dikeluarkan kepada warganegara Malaysia yang menetap di luar negara di bawah Kategori 1B.

Sementara itu, 251 kertas undi pos bagi Kategori 1C dikeluarkan kepada pegawai daripada 11 agensi dalam sektor keselamatan dan kesihatan.

“Proses pengeluaran kertas undi pos dijalankan dengan kehadiran wakil calon daripada semua parti atau individu yang bertanding,” katanya.

SPR mengingatkan pengundi pos supaya membuat penandaan pada kertas undi dan melengkapkan Borang Pengisytiharan Identiti atau Borang 2, sebelum mengembalikannya kepada Pegawai Pengurus Dewan Negeri masing-masing.

“Kertas undi berkenaan mesti diterima sebelum pukul 5 petang pada Hari Mengundi, 1 Ogos ini,” jelasnya lagi.

Beliau turut mengingatkan pengundi supaya menjaga kerahsiaan undi dengan tidak merakam gambar kertas undi pos atau menularkannya di media sosial.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.