
KUALA LUMPUR, 24 Januari- Sebanyak 12.54 peratus pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan 10.57 peratus di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag telah menunaikan tanggungjawab masing-masing setakat 9.00 pagi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
RINGKASAN BERITA AI
- Kadar keluar mengundi setakat 9.00 pagi: Kinabatangan 12.54 peratus, Lamag 10.57 peratus.
- 36 pusat mengundi dibuka mulai 7.30 pagi dan dijangka tutup pada 5.30 petang.
- Seramai 48,282 pengundi layak menunaikan tanggungjawab dalam PRK Kinabatangan dan DUN Lamag.
- PRK diadakan susulan kematian penyandang, Bung Moktar Radin pada 5 Disember lalu.
Sebanyak 36 pusat mengundi dibuka kepada pengundi bermula pukul 7.30 pagi, dengan kebanyakan pusat dijadualkan ditutup pada 5.30 petang.
Menurut SPR, proses pengundian hari ini melibatkan 48,282 pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih wakil rakyat baharu Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag.
PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Disember tahun lepas.